Pages

Sunday, March 7, 2010

habis madu sepah dibuang

setelah kita dapat menuju di tangga yang teratas, mengapai bintang yang berkilauan, mngapai impian yang di idam selama ni, impian yang membuatkan kita berhempas pulas untuk menuju kejayaan.. ya kejayaan.. ada setengah yang telah mencapai kejayaan yang di idam-idamkan selama ini, ada juga yang masih belum dapat mengapai namun ini bukan alasan untuk terus berhenti berusaha untuk terus berusaha dan berusaha...

bagi anda yang telah mencapai kejayaan anda, yang kini dapat merasai nikmatnya, satu persoalan yang saya ingin ketengahkan adakah anda masih lagi menoleh kebelakang?? menoleh kebelang memikirkan bagaimana anda boleh bertapak hingga berjaya.. masih lagi kah anda mengingati siapa yang menyebabkan anda boleh berjaya?? siapa yang banyak berkorban kepada dirimu untuk melihat anda berjaya??? adakah anda merupakan individu yang seperti habis madu sepah dibuang terhadap orang orang yang banyak berkorban terhadap dirimu??

Tuesday, March 2, 2010

poket kering???

Bukan senang nak cari kerja dalam waktu sekarang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang agak cerewet dan memilih sudah tentu lebih sukar untuk mendapat kerja. Nak dapat kerja tetap dengan gaji yang tinggi dan kerja tu pula yang amat anda sukai.

Tapi jika anda jenis yang tidak memilih kerja, banyak sekali peluang untuk anda buat duit. Kerja part-time sangat banyak iklannya. Cuma nak atau tidak sahaja. Saya meneliti sebenarnya kerja part-time ni walaupun tidak ada KWSP macam orang kerja tetap namun ada jugak kebaikannya.

Pengalaman lebih luas

Bekerja part-time anda sebenarnya mempunyai lebih banyak pengalaman jika dilihat dari satu sudut. Bayangkan jika anda bekerja di tiga tempat dalam satu hari. Sudah tentu 3 pengalamn berbeza yang anda dapat. Mungkin sebagai promoter, mungkin juga sebagai peniaga dan mungkin juga sebagai cashier. Dari sudut pengalaman sekurang-kurangnya anda teleh mempelajari banyak perkara dalam satu-satu masa.

Lebih ‘independent’

Memang ternyata orang yang kerja par-time mereka lebih berdikari. Maklumlah kerja ke sana ke sini kalau nak minta tolong orang dan bergantung pada orang lain jangan haraplah. idak dapat tidak perlu fikirkan sendiri jalan penyelesaiannya. Tapi selalunya melibatkan kenderaanlah.

Menghargai masa

Bagi mereka yang mungkin bekerja part-time banyak tempat sudah tentu mereka sangat menghargai masa. Mengapa? Kerana setiap masa adalah komitmen bagi mereka. Pengurusan masa sangat penting untuk komitmen di tempat lain pula. Mereka tidak ada masa untuk melakukan kerja-kerja tidak berfaedah.

Manfaatkan ruang dan peluang

Ruang masa diberikan sehari selama 24 jam. Jadi mereka banyak peluang dan ruang untuk mencari pendapatan lebih. Dan jika mereka bijak mengambil peluang pelbagai pendapatan lain pula boleh anda lakukan, seperti direct selling dan sebagainya.

Jana pendapatan lebih

Walaupun mungkin kerja part-time agak memenatkan tetapi silap-silap hari bulan boleh jana pendapatan lebih banyak berbanding orang lain. Kerja part-time tidak terikat dengan mana-mana syarikat jadi jika anda pandai memanfaatkan ruang dan peluang tidak mustahil anda boleh jana pendapatan lebih baik dari orang kerja tetap.

biar tak cantik asal kemas :)

Satu soalan daripada saya ingin saya tanya pada anda? Tetapi saya tujukan soalan ini bagi mereka yang bekerja memerlukan penampilan yang kemas sahaja. Tidak adil pula jika soalan ini ditujukan pada semua kan? Saya sengaja tanyakan soalan ini memandangkan sebahagian daripada kita mungkin agak tidak mengambil berat dengan perkara seumpama ini.

Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda

Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah sudah pasti tidak memerlukan pakaian kemas seumpama ini. Jadi jelas sekali pakaian kemas menjadi satu perbezaan anda dengan pekerjaan lain. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas. Sakit juga mata anda memandang jika seorang pengarah atau pegawai tidak menjaga penampilannya bukan?

Pakaian kemas menunjukkan kredibiliti

Wah! Bagaimana kredibiliti dilihat dari penampilan? Apa pandangan anda apabila anda melihat dua orang yang anda tidak kenali tetapi mereka mempunyai penampilan yang berbeza. Seorang lelaki berstatus bos tetapi berpakaian selekeh dengan baju berkedut dan seorang lagi hanyalah kerani biasa tetapi berpakaian kemas dan bertali leher. Siapakah yang anda lihat lebih hebat? Sejujurnya dari penampilan mungkin anda akan meletakkan seorang kerani tadi adalah bos bukan? Itulah yang saya maksudkan sebagai kredibiliti.

Pakaian menunjukkan prestij di mana anda bekerja

Prestij berbeza dengan kredibiliti. Apa pandangan anda melihat satu kelompok tentera yang sedang berjalan dengan pakaian seragam berkawad kaki dengan teratur di hadapan anda? Pastinya anda akan rasa kagum melihat mereka. Jika dilihat pada gaji seorang tentera mungkin tidaklah sehebat golongan profesional sekalipun pengorbanan tentera dalam keamanan negara lebih besar. Namun mengapa ada orang suka kerjaya sebagai tentera? Sebahagiannya kerana pakaian tentera itu sendiri menunjukkan prestij yang tersendiri. Prestij boleh menjadikan kerjaya tersebut popular di mata orang lain.

apa yang best???

assalamualaikum buat semua.. semoga di dalam kehidupan seharian kita semua sentiasa di limpah dengan keberkataan dan sentiasa dirahmati oleh Allah swt..

apa yang best blog ni?? blog ini adalah untuk bertujuan untuk berkongsi mengenai info-info kerjaya. diharapkan info ini dapat sesuatu yang bermanafaat.