Pages

Tuesday, March 2, 2010

poket kering???

Bukan senang nak cari kerja dalam waktu sekarang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang agak cerewet dan memilih sudah tentu lebih sukar untuk mendapat kerja. Nak dapat kerja tetap dengan gaji yang tinggi dan kerja tu pula yang amat anda sukai.

Tapi jika anda jenis yang tidak memilih kerja, banyak sekali peluang untuk anda buat duit. Kerja part-time sangat banyak iklannya. Cuma nak atau tidak sahaja. Saya meneliti sebenarnya kerja part-time ni walaupun tidak ada KWSP macam orang kerja tetap namun ada jugak kebaikannya.

Pengalaman lebih luas

Bekerja part-time anda sebenarnya mempunyai lebih banyak pengalaman jika dilihat dari satu sudut. Bayangkan jika anda bekerja di tiga tempat dalam satu hari. Sudah tentu 3 pengalamn berbeza yang anda dapat. Mungkin sebagai promoter, mungkin juga sebagai peniaga dan mungkin juga sebagai cashier. Dari sudut pengalaman sekurang-kurangnya anda teleh mempelajari banyak perkara dalam satu-satu masa.

Lebih ‘independent’

Memang ternyata orang yang kerja par-time mereka lebih berdikari. Maklumlah kerja ke sana ke sini kalau nak minta tolong orang dan bergantung pada orang lain jangan haraplah. idak dapat tidak perlu fikirkan sendiri jalan penyelesaiannya. Tapi selalunya melibatkan kenderaanlah.

Menghargai masa

Bagi mereka yang mungkin bekerja part-time banyak tempat sudah tentu mereka sangat menghargai masa. Mengapa? Kerana setiap masa adalah komitmen bagi mereka. Pengurusan masa sangat penting untuk komitmen di tempat lain pula. Mereka tidak ada masa untuk melakukan kerja-kerja tidak berfaedah.

Manfaatkan ruang dan peluang

Ruang masa diberikan sehari selama 24 jam. Jadi mereka banyak peluang dan ruang untuk mencari pendapatan lebih. Dan jika mereka bijak mengambil peluang pelbagai pendapatan lain pula boleh anda lakukan, seperti direct selling dan sebagainya.

Jana pendapatan lebih

Walaupun mungkin kerja part-time agak memenatkan tetapi silap-silap hari bulan boleh jana pendapatan lebih banyak berbanding orang lain. Kerja part-time tidak terikat dengan mana-mana syarikat jadi jika anda pandai memanfaatkan ruang dan peluang tidak mustahil anda boleh jana pendapatan lebih baik dari orang kerja tetap.

0 comments:

Post a Comment